me and i..hari raya haji 2008
rumah makcik di s'pore
Tuesday, December 9, 2008
my lovely family
Thursday, October 9, 2008
Gambar Raya
Friday, July 18, 2008
Rukun Tetangga
Setiap hari khamis jadi rukun tetangga kat kawasan perumahan.. 3am-5.30am, hari hujan sejuk gila...lupa nak ambil baju sejuk...rondaan dan kawalan dalam keadaan baik dan terkawal,tak ngantuk member buat kopi 'o ' cecah ngan biskut Mary....peehh...layan .
Thursday, July 17, 2008
one day trip to singapore
15 july lepas maghrib dapat call dari cousin dari s'pore..mengatakan pakcik saya sakit tenat kat National University Hospital..doktor kata dia da takde harapan untuk hidup malam ini...akibat cancer usus.So apa lagi saya ngan adik saya Zam...dan bapak saya bertolak dari Balakong ke selatan tanahair pada pukul 11.30 malam, rehat di pagoh minum 1.30am dan tiba di sempadan pukul 2.30am... adik ipar and anak saudara tunggu di caltex dekat check point untuk guide kami ...coz kami tak mahir drive masuk s'pore ke woodlands circle. dah hampir 4 tahun tak masuk s'pore selepas nenek meninggal dunia...perjalanan lancar dgn adanya mereka...setelah berehat dalam kul 11am tiba di NUH...suasana di wad 41 katil 44 ...sungguh menyedihkan melihat keadaan pakcik..tanpa diundang air mata membasahi kelopak mata ini setelah kekeringan sekian lama. ajal ditangan Allah s.w.t. w'pun begitu dia masih boleh melihat kami cuma tak bole bercakap..pertemuan bapak dengan pakcik amat memilukan kami..sadisss....huhuhuhu.....pakcik ditemani oleh isteri dan 3 anak mereka...(adik,abg dan kakak)...mereka tido di hospital. Esok lusa mungkin kita semua akan merasai pengalaman sebegitu...kasihani diri kita dengan menghiasi diri dengan iman dan amal.Itu je teman yang akan akan mengiringi dan menemani kita hingga kedalam kubur... sanak saudara, harta akan menemani kita setakat diatas kubur saje...dan akan meninggalkan kita setelah kita kebumikan.Lebih kurang jam 1pm kami beredar meninggalkan NUH.. makan tengahari di Restoran Zam Zam...dekat ngan Arab street...kedai mamak..menu utama kat situ nasi briyani dan murtabak...amat populor bagi org s'pore...memang sedap pun...tidak dinafikan..3.30pm balik ke woodlands rumah adik. 9pm keluar dari umah dan lepas check point 9.30pm...sampai umah emak di balakong 12.50am dan sampai umah klang kul 2am.
Tuesday, June 10, 2008
Nukilan
He is the Creator And He is the Sustainer
matahari terbit dengan perintah sudah sekian lama
taat setia pada pemerintah sekian alam
menyinari bersama gerimis hujan
tersusun rapi warna pelangi
langit, bulan, bintang mengikut nizamnya
betapa indah seninya
bumi tanpa tali langit tanpa tiang
tujuh tingkat diantaranya
umpama cincin
dipadang pasir yang sangat luas
begitu arash dan kursiNya
sekiranya semua makhluk ini engkar
dilepaskan seekor binatang dari tamanmu
dan menelan semuanya
meliputi sekian alam
keagungan dan kebesaran
Monday, June 9, 2008
Ujian Allah s.w.t.
Melihat senario sekarang ni...patutnya kita kena bersyukur and bertaubat pada Allah kerana dosa2 yang kita telah lakukan sedar tanpa sedar .Kita semua kena kembali-kembali padaNya untuk semua ini. Yang bole selesaikan segala masalah hanya Allah s.w.t. Semua manusia di dunia ini kena semak amalan masing2....daripada orang bawahan sehingga pentadbir kerajaan. Mesti ada yang tak kena...
Monday, June 2, 2008
Cameron Highlands
31 May pi cameron dengan family Mat and Zack...nice trip bro.... sewa apartment at tanah rata RM280 for a night..enjoy masak la...looking for next trip...may be P.D...lagi ramai family lagi meriah....
Tuesday, May 20, 2008
nusrah jemaah
semalam wesak day....nusrah jemaah keluar 3 hari...jemaah sek. 7 ,surau kristal shah alam,hj. Rokhaizam...buat amalan ziarah penduduk taman di desa latania,klang...rahabah(penunjuk jalan) tidak akan sesat di hari Akhirat...Amin
Al-fatihah
Ayah rakan kawan sekerja isteri saya telah kembali ke rahmatullah menemui Allah Azzawajallah pada awal pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...Amin.
hari ini dalam sejarah
Assalamualaikum.... semogaa hari ini lebih baik dari semalam dan semalam tidak akan datang lagi dalam hidup ini..kehidupan perlu diteruskan ...walau pun ada diantara kita yang tewas di perjalanan ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)