Tuesday, June 5, 2012

tabligh tak bpolitik?????


Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik.
Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam.
Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebahagian orang menganggap bahawa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Nota Tambahan:

Dari Aisyah rha berkata "Ketika kedatangan Rasulullah saw ke Madinah, orang perempuan dan anak-anak mendendangkan : Telah terbit bulan purnama (Rasulullah saw)ke atas kami dari thaniah al-wada'.dan wajiblah ke atas kami bersyukur (kepada Allah di atas kedatangan Nabi saw) selagi masih ada seruan dari da'i yang menyeru kepada Allah." (Imam Baihaqi : Dalail al Nubuwwah : 2/206,507)

Bila dilihat pada hadith di atas maka jelas bahawa kedatangan Nabi saw ke Madinah bukan maksud untuk bina negara tetapi adalah bermaksud untuk meneruskan usaha hidayat kepada manusia iaitu kerja dakwah ilalAllah. Kefahaman, fikrah dan hidayat adalah pemberian Allah swt.

Hari ini ada ustaz yang lepasan Al-Azhar pun boleh ikut ajaran sesat Ayah Pin.Di Indonesia lepasan pondok pesentren pun boleh ikut Kristian dan jadi pendeta lagi. Selama ada langit dan bumi selama itulah kefahaman / fikrah akan berbeza-beza.

Sunnah yang berupa "Surah" keterampilan dan sunnah yang berupa "Serah" gaya hidup, ramai yang boleh ikut malah pengikut ajaran sesat Qadiyani pun berjubah dan berserban besar. Tetapi sunnah "Sareerah" fikir dan kerisauan Nabi saw ini tak ramai yang boleh menyamai Nabi saw.

Allah swt tidak akan memberi pertolongan pada manusia yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya siapa yang dilantik tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Pencipta.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“. (Riwayat Bukhari Muslim)

Mana mungkin sistem politik negara ini berada di landasan yang benar sekiranya mereka meminta-minta dipilih menjadi pemimpin? Sangat bertentangan dengan sistem syura, yang telah digariskan oleh Allah swt.

Perbezaan Skop dan Peringkat Keluasan Politik Nubuwah

Politik yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan sahabat mencakupi keluasan seluruh dunia dan tidak terbatas kepada dalam negara shaja. Bahkan ianya menumpukan perhatian ke setiap umat manusia di seluruh dunia.

Usaha Dakwah dan Tabligh berusaha untuk mirip kepada sistem ini melalui beberapa usaha di bahagian pentadbiran atau sub pngkhususan:






Markaz Dunia (Terdiri daripada Syura-syura dunia)
Markaz Negara(Terdiri daripada syura-syura Negara)
Markaz Subghuzari (Terdiri daripda syura-syura negeri)
Markaz Halqah (Terdiri daripada amir rakan seusaha kawasan / gabungan masjid dan surau)
Markaz Mohalla (Terdiri daripda amir rakan seusaha masjid/ gabungan rumah-rumah)
Markaz Rumah (Terdiri daripda orang Islam di setiap rumah /kekeluargaan Islam)

Setiap rumah perlu ada mesyuarat dan usaha agama didalamnya. Usaha ugama bermula dengan taklim rumah dan perbincangan untuk setiap lelaki bergilir-gilir bagi masa untuk agama. Takaza mohalla akan dibentangkan disini.


Tanggunjawab usaha ugama di setiap rumah dan pengeluaran jemaah orang Islam dilakukan melalui usaha di peringkat mohalla tempatan iaitu sama ada di masjid atau surau. Maka wujudlah usaha tempatan 5 amal masjid iaitu Mesyuarat harian, taklim harian, 2 jam setengah, 2 ghasyt dan 3 hari setiap bulan. Takaza halqoh akan dibentangkan disini. Setiap hari perlu diusahakan.

Laporan usaha di setiap mohalla akan diserahkan kepada bahagian halqoh iaitu satu peringkat yang terdiri daripada gabungan beberapa mohalla. Takaza subguzari markaz dan mohalla dibentang disini. Bahagian perlu hidup sekali setiap minggu.


Subghuzari markaz adalah gabungan beberapa halqoh dan peringkat ini membincangkan laporan dan takaza yang datang dari halqoh dan juga dari markaz negara. Perlu hidup sekali setiap minggu.




Markaz negara adalah gabungan dari markaz-markaz subghuzari yang menguruskan hal-hal yang lebih besar dan penting seperti takaza-takaza subghuzari markaz, pengeluaran jemaah 40hari dan lebih, penerimaan dan penghantaran jemaah luar negara dan sebagainya. Takaza-takaza dari Markaz Nizamuddin juga dibentngkan. Mesyuarat peringkat negara diadalan setiap 3 bulan sekali.



Markaz Nizamuddin adalah peringkat dunia/global dan kesemua urusan setiap markaz-markaz negara yang ada di seluruh dunia akan dibincangkan disini. Takaza-takaza penghantaran jemaah dan penerimaan jemaah yang bergerak seluruh dunia dimesyuaratkan disini. Laporan setiap aktiviti rumah-rumah orang Islam, Masjid-masjid dan surau, markaz-markaz yang ada di seluruh dunia, perlantikan syura-syura akan dibentangkan dan hasilnya beberapa keputusan dan takaza-takaza baru akan diputuskan.


Inilah yang membezakan Politik Nubuwwah dan Politik Demokrasi Kepartian. Sekiranya hendak dikatakan Jemaah Tabligh tidak berpolitik sepenuhnya, maka itu tidaklah benar sama sekali.










Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.


Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

Sekiranya ada teguran dan penambah baikan catatan ini silalah maklumkan disini.


Pautan rujukan dan tambahan bacaan:

http://hambalialorstari.blogsp​ot.com/2009/03/politik-vs-syur​a.html
http://ibnuabbas2009.blogspot.​com/2011/02/politik-sunnah-dem​okrasi-fitnah.html
http://hafizfirdaus.com/ebook/​ASWJ/ciri6C.htm
http://shuhmy.multiply.com/jou​rnal/item/322



Wednesday, May 23, 2012

Kisah yg sunguh menarik setiap suami dan Isteri kena baca..

Saidatina Aisyah r.anha berkata :" Sebelas orang wanita telah berkumpul serta bersetuju bahawa setiap mereka akan menceritakan terus terang perihal suami mereka tanpa sembunyi ". Ulasan : Nama 11 orang wanita itu tidak disebut dalam Hadith Sahih tetapi setengah riwayat ada menyebut beberapa nama. Wanita-wanita itu adalah dari Yaman atau Hijaz. Terdapat khilaf berkaitan nama-nama mereka maka nama-nama mereka itu tidak disebut di sini. Suami mereka semua telah pergi untuk mencari keperluan masing-masing. Lantaran bersendirian mereka bercerita berbagai hal agar terhibur. Kesudahannya mereka bersepakat untuk mendedahkan hal suami mereka. gambar hiasan Wanita Pertama berkata : " Suamiku umpama daging unta yang kurus yang tinggal di puncak gunung yang tinggi (yang susah didaki). Tubuhnya tidak berisi untuk orang jadi terpikat kepadanya." Ulasan : Maksudnya, akhlak beliau amat rendah hingga tidak ada sebarang kebaikan yang dapat diperolehi darinya ditambah sifat sombong dan angkuhnya sehingga sukar untuk didampingi. Wanita Kedua berkata : "(Tidak ada apa yang boleh aku sebutkan). Aku takut jika disebut keburukannya, ia tidak akan habis. Segala aibnya zahir dan batin akan terbongkar. " Ulasan : Maksudnya, suamiku memang penuh dengan keburukan. Orang yang kurang aibnya mudah disebut tetapi bagi dia yang banyak, ceritanya akan membosankan. Setengah Mufassirin tidak bersetuju kerana wanita ini tidak memenuhi janji menceritakan ehwal suaminya. Sebenarnya, cerita beliau ringkas bahawa suaminya penuh dengan aib yang tidak terkira. Wanita Ketiga berkata : " Suamiku seorang 'ashannaq (kurus tinggi). Jika ditegur aibnya, aku akan ditalak dan andainya aku diam, aku (seperti) digantung (tidak bertali). " Ulasan : " Disebut suaminya tinggi sebagai kiasan bahawa tinggi itu tanda bebal atau hodoh seperti menara yang tidak siap dan berperangai buruk. Ungkapan jika aku tuntut sesuatu, aku akan dicerai dan andai aku berdiam diri, aku tidak diendahkan sepertilah aku ini tidak bersuami. Dalam riwayat lain diterjemah, " Aku bagai berada dibawah mata pedang yang tajam. Tidak tahu bilakah deritaku akan berakhir. " Wanita Keempat berkata : " Sikap suamiku umpama malam di bumi Tihamah (sederhana), tidak panas dan tidak pula sejuk, tidak menakutkan dan tidak membosankan." Ulasan : Perangainya tidak kasar atau melukakan perasaan. Tinggal bersamanya tidak akan berasa bimbang, tersinggung atau bosan. Dikatakan bahawa nama wanita itu ialah Mahd binti Abi Harumah. Bumi Makkah dan sekitarnya dipanggil Tihamah yang malamnya sentiasa nyaman waupun siangnya panas terik. Wanita Kelima berkata : " Suamiku masuk rumah umpama harimau bintang dan bila keluar umpama singa. Dia tidak pernah tanya apa yang berlaku di dalam rumah." Ulasan : Dikatakan bahawa wanita ini bernama Kabsah. Ulama' berbeza pendapat samada wanita ini memuji atau mencela suaminya. Sekiranya celaan, ia bermaksud suaminya masuk ke rumah garang bak harimau bintang, tidak berkata apa-apa atau merasa ada kaitan dengan hal rumahtangga. Apabila keluar dari rumah dia seperti lelaki berani. Dia langsung tidak peduli, bertanya atau risau hal di rumah. Sekiranya memuji maka ia bererti apabila dia masuk ke rumah dia diam, tidak merungut, berleter atau marah. Dia tidak sedar seperti orang yang sedang tidur. Apa sahaja yang dimasak, dia tidak kisah atau bertanya kenapa atau mengapa dibuat begitu? Apakah benda yang ada atau yang tidak ada? Apabila keluar rumah dia ibarat singa yang tegas dan berani. Wanita Keenam berkata : " Apabila makan, suamiku makan apa saja. Bila minum tidak ada yang tinggal. Bila tidur, dia hanya selimuti dirinya seorang tanpa menyentuh tubuhku agar diketahui kedukaan hatiku." Ulasan : Ungkapan ini juga boleh dianggap pujian dan celaan. Yang kelima lebih kepada memuji sedangkan yang ini ( keenam ) mengikut terjemahnya lebih kepada mencela. Andainya pujian, seperti pendapat sebahagian pengulas, bererti dia makan apa saja, buah-buahan, kekacang serta semua jenis makanan. Minuman pula dia minum susu, sharbat dan lain-lain. Dia tidak kedekut tentang makan dan minum. Jika ada dal maka tidak ada daging. Jika ada air maka susu tidak perlu. Dia tidak jaga tepi kain orang, cari aib orang lain atau berbalah. Andainya celaan, sebagaimana kebanyakannya berpendapat, maka ketika makan dia akan makan apa saja dengan gelojoh tanpa tinggal apa-apapun untuk keluarganya. Dia makan seperti kerbau. Apabila minum, satu telaga diteguknya. Dia tidur dan berselimut seperti tidak kenal saya. Usahkan peluk, sentuh badan saja pun tidak, agar diketahui perasaan saya atau badan saya panas atau sejuk. Wanita Ketujuh berkata : " Suamiku seorang lemah (syahwat), kasar, bebal dan tidak pandai bercakap. Segala jenis penyakit yang dialami manusia di dunia ini dia ada. Perangainya amat menyakiti hati dan memeningkan kepalaku." Wanita Kelapan berkata : " Suamiku bila akau sentuh lembut, selembut arnab. Baunya harum seharum za'faran (saffron)." Ulasan : Dikatakan bahawa nama wanita ini ialah Nashirah binti Aws. Dia memuji bahawa suaminya bersifat lemah lembut dan tidak kasar. Kedua-dua kebaikan rohani dan jasmani ada padanya menyebabkan aku ingin mendakapnya. tubuhnya sentiasa berbau harum. Dalam riwayat lain dikatakan, "Aku menguasainya dan dia pula menguasai orang lain. Aku menguasainya bukan kerana dia rendah dirinya atau dia menguasai orang lain tetapi kerana kasih sayang atau kesopanannya." Wanita Kesembilan berkata : " Suamiku seorang yang berpangkat, pemurah, ramah dan memiliki kediaman di tempat tinggi. Abunya banyak (dermawan) dan badannya tinggi. Rumahnya berdekatan dengan majlis dan Darul Mashwarah." Ulasan : Wanita ini menyebut kebaikan suaminya. Pertama, jika kediamannya di tempat tinggi bererti rumah besar maka maknanya kemewahan dan kepimpinan, kerana rumah besar hanya mampu dibina oleh hartawan. Jika ertinya memang kawasan tinggi, maka ia adalah lumrah bagi orang Arab yang pemurah dan baik hati membina rumah dikawasan tinggi agar mudah dilihat dan didatangi oleh pasa musafir. Maka dalam hal ini, dia seorang dermawan dan peramah. Setengah ulama' berkata kediaman di tempat tinggi bermaksud dia dari keluarga yang mulia dan terhormat. Pujian kedua ialah pemurah maka wajarlah abu banyak terdapat dirumahnya kerana makanan selalu dimasak untuk menjamu tetamu. Pujian ketiga ialah tingginya. Bagi lelaki jika tinggi itu tidak melebihi had munasabah maka ia adalah baik dan terpuji. Rumahnya berdekatan dengan majlis bermakna dia seorang yang bijaksana dan ahli penasihat. Orang ramai kerap berjumpanya untuk mendapatkan nasihat. Pada hemat hamba yang hina ini, barangkali ia juga bereti yang beliau tidak perlu ambil banyak masa menyediakan jamuan atau memberi alasan kepada ahli musyawarah bahawa rimahnya jauh maka tidak dapat mera'ikan mereka Wanita Kesepuluh berkata : " Suamiku Malik dan perlukah akau sebut tentang Malik? Dia teramat pemurah dari sekalian yang telah dipuji atau dia lebih terpuji dari segala pujian yang dapat aku ucapkan,Dia memilik banyak unta yang dipelihara berhampiran rumahnya yang jarang dibawa keluar untuk meragut rumput . Apabila terdengar bunyi kecapi (alat muzik) maka unta-unta itu tahu bahawa mereka akan disembelih." Ulasan : Dikatakan nama wanita ini ialah Kabshah binti Malik. Dia menerangkan kemurahan suaminya bahawa andai unta-unta dibawa meragut maka masa kan terbuang bagi membawa mereka pulang kerana tetamu sentiasa berkunjung ke rumahnya. Unta-unta itu adalah untuk segera disembelih buat hidangan para tetamu. Setengah penterjemah mengatakan bunyi kecapi itu adalah tanda hormat menyambut kedatangn tetamu. Apabila mendengar bunyi itu maka unta-unta itu akan mengerti bahawa mereka akan disembelih lantaran tetamu telah tiba. Mengikut adat orang Arab, makna ini lebih tepat lantaran tetamu teruis dira'i dengan minuman, makanan dan bunyi-bunyian menyebabkan unta-unta itu sedar waktu makan akan tiba dab mereka akan disembelih. Ummu Zar-a' Wanita Kesebelas berkata : " Suamiku ialah Abu Zar-a'. Siapakah Abu Zar-a'? Dia telah menghiasi telingaku dengan anting-anting dan membuat tubuhku berisi. Dia membuat aku rasa gembira dan mulia. Aku diambil dari keluarga miskin yang memiliki hanya beberapa kambing dan dibawa kepada keluarga mewah yang memiliki kuda, unta, kerbau untuk membajak dantanah ladang. Dia tidak pernah kasar atau memarahiku. Aku tidur nenyak hingga ke pagi dan tiada siapa diizinkan mengejut aku. Apabila aku kenyang, aku tinggalkan saja makanan yang melimpah ruah. Siapakah Umm Abu Zar-a' (ibu mertuaku)? Alat masaknya besar sentiasa penuh. Rumahnya luas (wanita kaya yang tidak bakhil, rumahnya sentiasa meraikan ramai tetamu). Siapakah Ibnu Abu Zar-a' (anak lelakinya)? Dia adalah cahaya hati, kurus dan ramping seperti ranting atau sebilah pedang. Sepotong daging kambing sudah cukup memenuhi perutnya. (iaitu gagah bagai perajurit dan tidurnya sebentar diruang yang kecil). Dia makan laksana pahlawan. Makanannya cuma dua atau tiga potong daging. Siapakah anak gadis Abu Zar-a'? Dia seorang yang taat kepada ibu bapanya, tubuhnya montel serta sihat membuat isteri kedua cemburu. (madunya cemburu diatas kejelitaanya. Bagi orang Arab, lelaki idaman ialah tinggi lampai dan bagi wanita ialah berisi serta sihat). Siapakah Jariah Abu Zar-a'? Dia tidak pernah bawa mulut tentang rumah tangga kami, tidak mengambil makanan tanpa izin. Rumah dijaga bersih tidak berselerak (kehidupan berlalu dengan baik). Pada suatu pagi ketika susu sedang diadun (bancuh), Abu Zar-a' telah keluar. Dia bertemu seorang wanita yang mempunyai 2 orang anak yang lincah bak harimau kumbang. Mereka asyik bermain dengan buah delima dibawah pinggang ibunya (bermain di ibarat harimau dan buah delima mungkin buah yang dibuat mainan atau mungkin bermaksud buah dada wanita itu). Dia jatuh hati pada wanita itu lalu menceraikan aku dan mengahwini wanita itu. Riwayat yang lain menyebut, dia kahwin wanita itu kemudian menceraikan aku. Kemudian aku berkahwin pula dengan seorang bangsawan lain yang baik. Dia memberi daku berbagai hadiah serta ternakan dari unta, lembu, kambing dan lain-lain berpasangan seraya berkata, "Makanlah sebanyak mana yang kamu suka dan berilah kepada kedua orang tuamu sebanyak mana yang kamu mahu". Andainya daku sebut sekalian kebaikannya, ia masih tidak dapat menyaingi walaupun pemberian kecil Abu Zar-a' kepadaku." Saidatina Aisyah r.anha berkata, : " Setelah Baginda Rasulullah s.a.w. tamat bercerita, Baginda bersabda kepadaku ," Aku bagimu adalah juga seperti Abu Zar-a' bagi Ummu Zar-a'." Ulasan : Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda, " Daku tidak akan menceraikan kamu." Disebut di dalam Tabrani bahawa Ausyah r.a. berkata, " Ya Rasulullah, andainya ibu dan bapaku dikorbankan untuk kamu, Padaku engkau lebih baik dari Abu Zar-a'". (hadith Riwayat Bukhari, Muslim, dan Tirimizi)

Adab Berjimak

Betulkan niat, kahwin sebagai perintah Allah dan sunnah Nabi SAW. Hargai pasangan; jangan sentuh bab perkauman, suku sakat, keturunan etc Jangan mengungkit kesalahan dan mencari kekurangan. Jika mahu marah, marah dengan hikmah, bukan dengan nafsu. Anggap mentua sebagai ibu sendiri. Jangan paksa berhenti kerja, biar isteri buat keputusan sendiri. Pada malam pertama sebelum buat apa-apa, zihin kepada isteri maksud hidup. Harap isteri boleh faham. Hidup adalah untuk mencari redha Allah. Perkahwinan adalah jalan menuju ke arahnya. Suami kena banyak bersabar. Jangan guna kuasa veto walaupun kuasa sebenarnya di tangan lelaki. Puji masakan isteri. Suami jangan selalu sangat makan di luar, nanti isteri kecil hati. Jika hendak makan di luar, bawa isteri bersama-sama atau belikan makanan yang kita makan bawa balik rumah. Suami kena khidmat buat kerja rumah. Adab berjimak: Para lelaki diingatkan supaya tidak mengamalkan onani atau melancap kerana ia memudaratkan mental dan fizikal. Elakkan makan apa-apa ubat kuat seks. Semuanya mengarut saja. Sebelum mula beraksi, lakukan terlebih dulu adegan-adegan ringan dengan bermesra-mesraan, bercumbu-cumbuan.
Jika pengantin yang baru hendak main, eloklah pakai personal lubricant (pelincir) untuk melindungi faraj si isteri daripada terluka kerana tertusuk anu buat kali pertama. Tapi, setelah dah lama, tak perlu pakai lagi. Boleh dapatkan kondom yang berjenama DUREX dan pelincir KY. Hisap puting perlahan-lahan sambil jari jemari mengusik biji faraj untuk menimbulkan rasa ghairah. Bila sudah keluar mazi, boleh tusuk anu secara perlahan-lahan sambil meneruskan isapan puting. Baca doa berjimak. Dayung perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat kerana faraj wanita sangat sensitif. Apabila sudah selesa, boleh teruskan dayungan. Ajar isteri main lebih ganas kerana wanita biasanya sangat pemalu dan tidak tahu berjimak. Tapi, bila dah lama-lama, dia akan makin terror. Kaki jangan lipat supaya tidak kejang. Sekali sekala boleh tukar posisi. Lapik bantal pun bagus juga. Seeloknya bersetubuh dalam keadaan berselimut. Main sampai puas. Suami tak boleh berhenti sebelum isteri pancut. Kena bagi sama-sama rasa nikmat. Apabila dah selesai, ambil sehelai kain yang bersih, letakkan pada tundun isteri, tekan tundun dengan tapak kaki, pegang tangan dan tarik beberapa kali. Untuk mengejapkan farajnya agar sentiasa ketat. Maklumat tambahan Membersihkan diri sebelum berjimak seperti mandi, bersugi, mencukur bulu ari-ari dan sebagainya Pilih masa dan tempat yang selesa dan jauh dari gangguan tetamu dan ahli keluarga Berwuduk terlebih dahulu Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar Tidak tergesa-gesa Menutup tubuh badan dengan selimut. Membasuh kemaluan dan berwuduk jika ingin mengulangi jimak Jangan melakukan perkara yang diharamkan seperti berjimak di siang hari bulan Ramadhan, ketika isteri sedang haid atau berjimak melalui dubur Elakkan melakukan aksi yang memudaratkan kedua belah pihak Suami hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, pemakanan dan kekuatan tenaga lahir dan batin Jangan menyamakan rupa tubuh badan isteri dengan tubuh badan mahram seperti ibu, adik, kakak dan sebagainya. Berehatlah setelah melakukan jimak Segera mandi dan solat Subuh apabila masuk waktunya. Tip Berjimak Fikirkan kepuasan isteri Memakai wangian Berkomunikasi dengan lembut Bersentuhan Berciuman Membaca doa Bersolek bagi isteri Bergurau senda

Laporan sebahagian Ijtimak KL 2012

Fasa pertama Ijtimak telah pun berakhir. Kesibukan melampau menjadi sebab blog ini lama tidak ter'update'. Rombongan ulama dan orang lama dalam usaha dakwah dan tabligh telah pun bergerak ke Sri Iskandar,Perak dalam siri ijtimak di sana pula. Subhanallah,jangkaan 20,0000 umat Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah hadir pada ijtimak kali ini. Dengan kepanasan yang membahang,kekurangan air untuk mandi dan wuduk, masjid yang sesak, dan pelbagai lagi kesulitan amat memedihkan nafsu yang selalu cuba tidak pernah rasa untuk senang. Mudah-mudahan dengan sedikit kesusahan ini, Allah Taala menerimanya agar adanya amalan di dunia yang diterima untuk ditunjukkan kepada Allah. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Bayan mula pada hari Sabtu,selepas Asar. Bhai Farouq,eldest daripada India diputuskan untuk bayan Asar. Dan bayan Bhai Farouq berkisar tentang kepentingan 5 amal masjid. Diterjemahkan oleh syura Malaysia,Sheikh Mydin. Dan beliau menerangkan bagaimana untuk buat kerja dakwah mengikut cara yang dikehendaki oleh masyaikh. Apa yang paling aku ingat ialah, "Kita kena jaga anak-anak muda.Kalau kita tidak jaga, maka mereka akan jadi penyebar kesesatan." BAYAN MAGHRIB Bayan Maghrib pada malam itu dibayan oleh Maulana Qasim. Amir jemaah yang bergerak dalam tour ijtimak-ijtimak di Malaysia. Bayan Maulana sangat menyentuh jiwa qalbu, apabila beliau menceritakan tentang si jantung hati, Habibil Mustafa Salallahu A'laihi Wasallam. Kehidupan Nabi Salallahu A'laihi Wasallam dibongkar pada malam tersebut. Dan cerita itu dihikayatkan kepada kami untuk diambil pengajarannya. Bahawa piawaian kejayaan disisi Allah bukan terletak pada dunia yang hina. Akan tetapi pembawaan agama yang sempurna yang diterjemahkan dalam kehidupan kita. Kata Maulana Qasim, sekiranya kejayaan Allah letakkan di dalam dunia,harta dan sebagainya, maka makhluk yang paling layak untuk dapatkan kejayaan ini ialah Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam. Akan tetapi apabila kita melihat pada kehidupan Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam maka kita lihat kehidupan beliau susah. Rumah yang kecil. Kelaparan membelenggu rumah Nabi selama 2 bulan. Hanya makan tamar dan air sahaja untuk dialas perut mereka. Tidak ada minyak sapi. Tidak ada sumber lain. Maulana berkata, hari ini ibu bapa fikir mahu menyenangkan anak mereka. Tidak mengapa ibu bapa susah,akan tetapi anak-anak biarlah senang. Lihatlah kepada kehidupan wanita syurga,Fatimah radhyiallahu anha. Satu ketika Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah bertandang ke rumah beliau bersama seorang sahabat. Fatimah tidak membenarkan ayahandanya Salallahu A'laihi Wasallam bersama sahabat yang mengiringi kerana tidak ada pakaian yang sempurna untuk ditutup di hadapan lelaki ajnabi. Allahu Allah! Maulana Razif menterjemahkan bayan Maulana Qasim begitu baik sekali. BAYAN ULAMA Alfaqir sebenarnya rasa tak layak untuk duduk dalam bayan khas untuk ulama. Nak duduk pada halqah IPT dah graduate pula. Terjumpa rakan seusaha dari Batang Kali, duduk-duduk datang pula laki Akak Rockers, "Eh ustaz kena duduk dalam bayan. Meh aku bawak. Aku pun nak dengar apa yang Maulana pesan" Alfaqir hanya setuju dan ikut sahaja si Angah.Bayan diadakan di bilik mesyuarat Malaysia. Tapi yang masuk hanya alfaqir.Eh eh mana pulak si Angah ni. Duduk la alfaqir keseorangan.Ternampak pula Ustaz Gunawan, Ustaz Umar dari Batang Kali. Ada juga pengajar Sri Petaling yang duduk sekali. Ada Maulana Ali, Maulana Hamzah dan lain-lain. Bayan Ulama disampaikan oleh Maulana Umar. Diterjemahkan oleh Sheikhul Hadis, Imam Besar Masjid Jamek Sri Petaling, Pengajar Sahih Bukhari, Syura Malaysia, Maulana Abdul Hamid. Maulana bayan memang panjang. Oh ya,Mufti Perak, Tan Sri Harussani juga turut hadir dan duduk dalam bayan ulama. Paling menyentuh hati ialah sewaktu Maulana Umar mengakhiri bayannya dengan kisah laporan khuruj Maulana di Russia dan Mongolia. LAPORAN MAULANA UMAR DI RUSSIA "Saya mengakhiri bayan saya dengan menceritakan 20 tahun lalu. Sewaktu saya keluar di Rusia. Disatu masjid,kami duduk di sana selama 3 bulan setengah. Jemaah kami bergerak selama 5 bulan setengah. Semasa kami duduk di masjid tersebut, kami berjumpa dengan Muslim yang duduk 60-70 km dari masjid tersebut. Kemudian kami dengar ada eorang Sheikh yang menetap di sana. Orang tempatan bertanya kepada kami,"Nak pergi ziarah tak seorang Sheikh, Muhaddith besar yang menetap di sini?" Jawab kami (Maulana bersama 3 orang ahli jemaah) berkata "Ya" Setelah appointment di buat, mereka bergerak untuk bertemu Sheikh tersebut lepas Asar. Sesampainya kami di sana,seorang budak lelaki telah buka pintu dan beliau telah menjerit tetamu sudah sampai. Sheikh tersebut sakit tenat.Hanya terbaring di atas katil. Tetapi apabila kami sampai,keadaan mengejutkan ialah Sheikh tersebut berdiri dan bergembira dengan kedatangan kami. Kami bersembang dengan Sheikh tersebut dan kami bertanya apakah asbab tempat kamu dilanda fitnah(ujian) komunis? Sedangkan tempat kamu banyaknya ulama hadis lahir di sini. Jawab Sheikh tersebut,"Apabila soalan ini ditanyakan kepada saya 20 tahun dahulu, maka saya tidak boleh menjawabnya. Dan soalan ini telah diajukan pada saya dan saya kena menjawabnya juga" Jemaah Maulana tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Sheikh tersebut. "Sewaktu saya balik dari Al Azhar As Syariff, saya mengajar di madrasah. Dan kami semua sibuk dengan madrasah,usahakan atas ilmu. Dan ruangan kami terbatas pada dinding madrasah sahaja. Kami tidak menghiraukan orang awam yang berada di sekeliling kami. Sekiranya 20 tahun dahulu kami buat tabligh, InsyaAllah fitnah ini tidak melanda kami" Kata Maulana Umar, pihak batil tidak akan datang kepada kamu (iaitu ulama) . Akan tetapi mereka akan pergi kepada orang awam dan akan merosakkan mereka. Sebelum mereka tangguh dari pertemuan tersebut, Maulana minta supaya Sheikh tersebut mendoakan mereka. Sheikh tersebut jawab, nak berdoa, dia ada syarat. Iaitu makan makanan yang halal. Sejak fitnah ini melanda kami,entah makanan apa yang disuapkan/ diberi kepada saya. Kamu semua sahaja yang kena doakan saya. Kamu musafir, dan doa kamu semua makbul. LAPORAN MAULANA UMAR KE MONGOLIA. Kami hanya dapat 12 hari sahaja ke Mongolia. Sewaktu kami di sana,orang Mongolia sangat terkejut dengan kedatangan kami. Mereka mengeluarkan gambar datuk mereka,janggut mereka sama dengan janggut kami. Mereka (orang Mongolia) memegang janggut kami dan suka dengan kehadiran kami. Sepanjang 12 hari kami hanya mengajar mereka kalimah iman. Tidak sempat untuk ajar mereka tentang solat dan lain-lain. Pada waktu kami hendak keluar dari Mongolia, mereka sangat sedih. Dan mereka cakap kepada jemaah kami, beritahulah pada kawan-kawan kamu agar datang ke sini dan ajarkan agama pada kami. SEBAK Sheikhul Hadis Maulana Hamid sebak sewaktu menterjemahkan laporan di Mongolia. Dan dalam keadaan sebak beliau cakap kepada majma' ulama yang hadir, "Tuan-tuan umat menantikan kedatangan tuan-tuan." BAGI NAMA UNTUK SETAHUN Majma' yang hadir diminta untuk bagi nama khuruj setahun. Alfaqir hanya menunduk. Kelu. Tak mampu untuk bangun dan berazam untuk tunaikan kehendak Maulana keluar setahun. Ketika di tashkil 40 hari, barulah al faqir azam untuk keluar ke Sabah pada Syaaban sehingga Ramadan. BERTAUBATLAH WAHAI PENULIS BLOG Ya Allah,kami minta ampun padamu. Atas dosa-dosa kami yang menimbun. Dan juga kesalahan kami dalam meninggalkan usaha dakwah. Kerana asbab kerja dakwah ditinggalkan, maka usaha batil telah membelenggu umat. Umat telah keluar dari agamaMU berbondong-bondong, Dan kami terus membiarkan mereka di bakar kedalam neraka. Ya Allah,keinginan kekasihMU agar umatnya selamat dari api neraka. Tetapi kami,yang belajar agama pun masih tidak lagi mengamalkan agama. Kehidupan agama hanya pada kitab-kitab kami. Kami tidak terjemahkan dalam kehidupan kami. Ya Allah, pasti dan pasti Nabi bersedih melihat amalan umatnya yang teruk, Kami tidak menghargai dan tidak mensyukuri langsung pengutusan kekasihMU Ya Allah Ya Rahim, Ampunkan aku terutamanya Ya Allah. :'( Nukilan dari: insanbiasayglemah.blogspot.com

Thursday, March 29, 2012

usaha dakwah & tabligh

Ustaz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah 2003.

Asas-asas Usaha Dakwah dan Tabligh

1. Usaha melalui individu atau usaha berjemaah dan bukan usaha ijtima' besar-besaran (organisasi, persatuan etc.)
Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah. Kebiasaannya dalam sebuah persatuan, hanya yang mempunyai jawatan biasanya melakukan kerja manakala ahli-ahli lain hanya mengikut tanpa memainkan peranan tertentu.

2. Usaha melalui hati dan bukan pemikiran. Sejauh mana hati kita menangis, sejauh mana hati kita risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati, bukan bagaimana pemikiran kita bekerja, atau bagaimana pemikiran kita membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiran falsafah yang tinggi untuk mendapatkan idea.

3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kaki kita bergerak, sejauh mana kita bergerak melalui kaki-kaki kita. Sebab kita mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke masjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke masjid belum mencintai agama. Oleh kerana itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jemaah yang sudah datang ke masjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita pergi dari manusia ke manusia, dari rumah ke rumah, maksudnya sejauh mana kita bergerak dengan kaki-kaki kita, kerana kerja ini bukanlah kerja 'sasterawan'. Kita harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.

4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika kita hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah kita mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Kerana itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan wangnya atau hartanya. Apabila kita hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami perlukan diri tuan dan bukan wang tuan".

5. Dengan tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apa. Saya ini kecil. Kita mesti merendah diri. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia menunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus direndahkan. Demikian pula apabila kamu mahu menundukkan hati maka kamu akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak kamu akan mengalami berbagai kesulitan.

6. Dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Kita mesti berdamai dengan semua orang baru kita akan dapat buat usaha.

7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf.
Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbezaan. Kita berusaha menjauhi sebarang perbezaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa kepada persatuan. Jika kita hendak menyatukan umat, maka seboleh mungkin jauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.

8. Usaha melalui mesyuarah dan bukan melalui dictatorship
. Mesyuarah adalah mengambil syor (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waato'na. Keputusan dibuat oleh amir, bukan berdasarkan undian majoriti. Seorang diktator tidak memerlukan mesyuarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang berkaitan ummat, maka mesyuarah adalah sangat penting. Mesyuarah itu perintah Allah dan sunnah Rasulullah.

9. Amru bil ma'ruf dan bukan nahi 'anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhair, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita ialah mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke masjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.

10. Usul dan bukan Furu
. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.

11. Qulyah dan bukan Juz'iyah
. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi berhati-hati kerana diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada solat dapat diterima oleh semua orang, tetapi perbahasan solat secara detail terdapat masalah masail.

12. Ijmal dan bukan Tafshil.
Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir ertinya huraian-huraian secara panjang lebar, penjelasan, perbahasan secara mendalam. Usaha dakwah adalah declaration (keterangan atau maklumat), kerana itu mesti pendek, tepat dan ringkas.

13. Tamsir bukan Tanfir
. Tamsir ertinya khabar gembira dan bukan tanfir ertinya khabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan khabar gembira. Memberitahu keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilat-fadhilat, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.

14. Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar ertinya propaganda dengan publisiti untuk mempamerkan kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km pun tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemahsyhuran.

15. Akhirat dan bukan Dunia
. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, sebaliknya, semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, sebaliknya, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.

Wallahu a'lam.

Sumber: karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Pilihlah aku lagi....

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)

Keluar di jalan Allah..belajar korbankan diri, harta, dan masa untuk agama Allah tercinta. Merasa cebisan2 khazanah yang ditinggalkan Rasulullah dan para sahabat ajma'in. Menghidupkan kembali sunnah2 yang telah lama ditinggali. Jalan ini mengajar kita penat untuk agama, berpeluh dan sakit untuk agama, resah gelisah untuk agama, juga menangis untuk agama. Bukankah sesuatu yang diperoleh dengan susah payah itu selalunya lebih dihargai? Dan tentunya tiada yang lebih berharga berbanding nikmat Iman dan Islam. Agar dengan susah payah yang sedikit ini, dapat kami rasai nikmatnya sujud di hadapan-Mu..yang sekian hari semakin menjauh. Supaya dapat kami rasa pedih di hati ini bila agama-Mu tidak lagi dipeduli. Kami keluar dengan niat belajar. Kami lemah, kami takut, kami jahil..tapi tetap perlu kami teruskan perjuangan ini, selagi adanya izin dari-Mu. Kerana inilah harta yang ditinggalkan Rasul tercinta untuk kami memperbetul dan memperbaiki iman kami. Kurniakanlah kami kekuatan, keberanian, dan ilmu dari khazanah-Mu yang maha luas..agar cukup bekalan kami untuk terus berada di jalan ini.Ya..Allah pilihlah aku untuk keluar dijalanmu...dan mati dijalan ini...amin...

Monday, March 26, 2012

bila cakap soal jodoh....

Kehidupan kita di detik ini bukanlah semata-mata untuk memikirkan bagaimana untuk menghadapi masa depan. Sebaliknya, detik ini juga perlu dihadapi dan digunakan dengan sebaiknya, kerana mungkin masa depan yang diharapkan itu tidak akan kunjung tiba. Tapi tak dinafikan, saya juga telah siap sedia dengan pelbagai perancangan di minda. Mungkin perkara yang paling menakutkan tentang masa depan adalah ketidakpastian. Tapi dari satu sudut, ketidakpastian inilah yang menambahkan perisa dan rencah kehidupan. Bagi kita umat Islam yang beriman dengan Lailahaillallah, ketidakpastian ini sepatutnya bukanlah satu masalah besar..kerana kita (sepatutnya) meyakini bahawa Allah swt telah menetapkan qada' dan qadar-Nya. Segala yang akan berlaku sudah digariskan di Lauh Mahfuz 50,000 tahun sebelum alam tercipta. Betapa telitinya ketetapan Allah swt sehinggakan tahap kepandaian atau ketidakpandaian seseorang pun telah dituliskan. Oleh itu, apa sahaja yang bakal dihadapi kelak, baik atau buruk, diyakini akan ada hikmahnya dengan syarat usaha yang terbaik dari si hamba telah dipersembahkan. Mungkin kita (saya) memahami perkara ini, tetapi untuk meyakini bahawa rezeki, jodoh telah ditetapkan bukanlah mudah.

Bak kata seseorang;

"Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba."

Kebanyakan yang kita (saya) risaukan dan kejarkan di dunia ini sekarang adalah merupakan perkara-perkara yang telah pun ditetapkan oleh Allah swt. Satu perkara yang tidak ditetapkan tetapi jarang-jarang dirisau dan dikejarkan: hidayah. Hidayah itu bukan cuma untuk orang yang belum beriman. Orang yang (kononnya) sudah beriman juga perlukan hidayah, bahkan mungkin lebih lagi. Hidayah yang dimaksudkan adalah hidayah untuk memperbetul dan memperbaiki iman. Kerana takut-takut iman yang kita miliki sekarang ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Allah swt. Maka alangkah ruginya jika 'amalan yang menggunung tinggi (kalau ada lah) itu nanti ditolak kerana iman yang rosak. Na'uzubillah. Perjalanan kita masih panjang, bukan di sini, tapi selepas "di sini." Barzakh, Mahsyar, Sirat, Mizan adalah merupakan fasa-fasa yang kita akan tempuhi, dan fasa-fasa ini bukanlah pendek seperti fasa yang kita lalui di sini. Barzakh bukanlah seperti tidur di malam hari menunggu hari esok. Mahsyar bukanlah seperti berbaris menunggu nombor giliran di hospital. Sirat bukanlah seperti melintasi jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan, dan Mizan bukanlah seperti menghadapi debaran keputusan SPM. Justeru itu, saya menyeru diri sendiri dan sahabat2 sekalian untuk memanjangkan perancangan yang kita usahakan, daripada 20-30 tahun akan datang kepada 500 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita ketika itu ditentukan dengan perancangan hari ini. Wallahua'lam.