Ustaz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah 2003.
Asas-asas Usaha Dakwah dan Tabligh
1. Usaha melalui individu atau usaha berjemaah dan bukan usaha ijtima' besar-besaran (organisasi, persatuan etc.) Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah. Kebiasaannya dalam sebuah persatuan, hanya yang mempunyai jawatan biasanya melakukan kerja manakala ahli-ahli lain hanya mengikut tanpa memainkan peranan tertentu.
2. Usaha melalui hati dan bukan pemikiran. Sejauh mana hati kita menangis, sejauh mana hati kita risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati, bukan bagaimana pemikiran kita bekerja, atau bagaimana pemikiran kita membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiran falsafah yang tinggi untuk mendapatkan idea.
3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kaki kita bergerak, sejauh mana kita bergerak melalui kaki-kaki kita. Sebab kita mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke masjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke masjid belum mencintai agama. Oleh kerana itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jemaah yang sudah datang ke masjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita pergi dari manusia ke manusia, dari rumah ke rumah, maksudnya sejauh mana kita bergerak dengan kaki-kaki kita, kerana kerja ini bukanlah kerja 'sasterawan'. Kita harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.
4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika kita hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah kita mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Kerana itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan wangnya atau hartanya. Apabila kita hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami perlukan diri tuan dan bukan wang tuan".
5. Dengan tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apa. Saya ini kecil. Kita mesti merendah diri. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia menunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus direndahkan. Demikian pula apabila kamu mahu menundukkan hati maka kamu akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak kamu akan mengalami berbagai kesulitan.
6. Dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Kita mesti berdamai dengan semua orang baru kita akan dapat buat usaha.
7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbezaan. Kita berusaha menjauhi sebarang perbezaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa kepada persatuan. Jika kita hendak menyatukan umat, maka seboleh mungkin jauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.
8. Usaha melalui mesyuarah dan bukan melalui dictatorship. Mesyuarah adalah mengambil syor (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waato'na. Keputusan dibuat oleh amir, bukan berdasarkan undian majoriti. Seorang diktator tidak memerlukan mesyuarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang berkaitan ummat, maka mesyuarah adalah sangat penting. Mesyuarah itu perintah Allah dan sunnah Rasulullah.
9. Amru bil ma'ruf dan bukan nahi 'anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhair, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita ialah mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke masjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.
10. Usul dan bukan Furu. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.
11. Qulyah dan bukan Juz'iyah. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi berhati-hati kerana diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada solat dapat diterima oleh semua orang, tetapi perbahasan solat secara detail terdapat masalah masail.
12. Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir ertinya huraian-huraian secara panjang lebar, penjelasan, perbahasan secara mendalam. Usaha dakwah adalah declaration (keterangan atau maklumat), kerana itu mesti pendek, tepat dan ringkas.
13. Tamsir bukan Tanfir. Tamsir ertinya khabar gembira dan bukan tanfir ertinya khabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan khabar gembira. Memberitahu keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilat-fadhilat, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.
14. Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar ertinya propaganda dengan publisiti untuk mempamerkan kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km pun tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemahsyhuran.
15. Akhirat dan bukan Dunia. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, sebaliknya, semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, sebaliknya, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.
Wallahu a'lam.
Sumber: karkuzaridakwahiman.blogspot.com
Thursday, March 29, 2012
Pilihlah aku lagi....
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)
Keluar di jalan Allah..belajar korbankan diri, harta, dan masa untuk agama Allah tercinta. Merasa cebisan2 khazanah yang ditinggalkan Rasulullah dan para sahabat ajma'in. Menghidupkan kembali sunnah2 yang telah lama ditinggali. Jalan ini mengajar kita penat untuk agama, berpeluh dan sakit untuk agama, resah gelisah untuk agama, juga menangis untuk agama. Bukankah sesuatu yang diperoleh dengan susah payah itu selalunya lebih dihargai? Dan tentunya tiada yang lebih berharga berbanding nikmat Iman dan Islam. Agar dengan susah payah yang sedikit ini, dapat kami rasai nikmatnya sujud di hadapan-Mu..yang sekian hari semakin menjauh. Supaya dapat kami rasa pedih di hati ini bila agama-Mu tidak lagi dipeduli. Kami keluar dengan niat belajar. Kami lemah, kami takut, kami jahil..tapi tetap perlu kami teruskan perjuangan ini, selagi adanya izin dari-Mu. Kerana inilah harta yang ditinggalkan Rasul tercinta untuk kami memperbetul dan memperbaiki iman kami. Kurniakanlah kami kekuatan, keberanian, dan ilmu dari khazanah-Mu yang maha luas..agar cukup bekalan kami untuk terus berada di jalan ini.Ya..Allah pilihlah aku untuk keluar dijalanmu...dan mati dijalan ini...amin...

Monday, March 26, 2012
bila cakap soal jodoh....
Kehidupan kita di detik ini bukanlah semata-mata untuk memikirkan bagaimana untuk menghadapi masa depan. Sebaliknya, detik ini juga perlu dihadapi dan digunakan dengan sebaiknya, kerana mungkin masa depan yang diharapkan itu tidak akan kunjung tiba. Tapi tak dinafikan, saya juga telah siap sedia dengan pelbagai perancangan di minda. Mungkin perkara yang paling menakutkan tentang masa depan adalah ketidakpastian. Tapi dari satu sudut, ketidakpastian inilah yang menambahkan perisa dan rencah kehidupan. Bagi kita umat Islam yang beriman dengan Lailahaillallah, ketidakpastian ini sepatutnya bukanlah satu masalah besar..kerana kita (sepatutnya) meyakini bahawa Allah swt telah menetapkan qada' dan qadar-Nya. Segala yang akan berlaku sudah digariskan di Lauh Mahfuz 50,000 tahun sebelum alam tercipta. Betapa telitinya ketetapan Allah swt sehinggakan tahap kepandaian atau ketidakpandaian seseorang pun telah dituliskan. Oleh itu, apa sahaja yang bakal dihadapi kelak, baik atau buruk, diyakini akan ada hikmahnya dengan syarat usaha yang terbaik dari si hamba telah dipersembahkan. Mungkin kita (saya) memahami perkara ini, tetapi untuk meyakini bahawa rezeki, jodoh telah ditetapkan bukanlah mudah.
Bak kata seseorang;
"Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba."
Kebanyakan yang kita (saya) risaukan dan kejarkan di dunia ini sekarang adalah merupakan perkara-perkara yang telah pun ditetapkan oleh Allah swt. Satu perkara yang tidak ditetapkan tetapi jarang-jarang dirisau dan dikejarkan: hidayah. Hidayah itu bukan cuma untuk orang yang belum beriman. Orang yang (kononnya) sudah beriman juga perlukan hidayah, bahkan mungkin lebih lagi. Hidayah yang dimaksudkan adalah hidayah untuk memperbetul dan memperbaiki iman. Kerana takut-takut iman yang kita miliki sekarang ini tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Allah swt. Maka alangkah ruginya jika 'amalan yang menggunung tinggi (kalau ada lah) itu nanti ditolak kerana iman yang rosak. Na'uzubillah. Perjalanan kita masih panjang, bukan di sini, tapi selepas "di sini." Barzakh, Mahsyar, Sirat, Mizan adalah merupakan fasa-fasa yang kita akan tempuhi, dan fasa-fasa ini bukanlah pendek seperti fasa yang kita lalui di sini. Barzakh bukanlah seperti tidur di malam hari menunggu hari esok. Mahsyar bukanlah seperti berbaris menunggu nombor giliran di hospital. Sirat bukanlah seperti melintasi jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan, dan Mizan bukanlah seperti menghadapi debaran keputusan SPM. Justeru itu, saya menyeru diri sendiri dan sahabat2 sekalian untuk memanjangkan perancangan yang kita usahakan, daripada 20-30 tahun akan datang kepada 500 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita ketika itu ditentukan dengan perancangan hari ini. Wallahua'lam.

Monday, February 27, 2012
to Whom all the praises be
Allah swt is our Rabb. He is The Sustainer, Cherisher, Provider, Protector. He is The Most Powerful, The Most Magnificent, The Most Gracious, The Most Merciful. He is Alone. He has no partners. He alone is The Creator. Anything else other than Him is creation. He is completely free of any needs. But the creation is completely in need of Him. When there was nothing there was Allah, when there will be nothing there will be Allah. Allah swt is sustaning everything; the fish in the ocean, the animals in the jungle, the birds in the sky. Allah created the clouds, and He Himself sends down the rain. Allah created the cows, and He Himself provides the milk. He can give rain without the clouds, He can give milk without the cows. He is The All-Knowing. Nothing escapes His knowledge. He knows when a black ant is creeping on a black rock in the darkest of night. He knows when a leaf is falling off in the darkest of the jungle. He knows when two tiny grains of sand are rubbing against each other at the bottom of the ocean. He gives shame, He gives fame. He gives success, He gives failure. He is in control of the hearts. If the entire humanity submitted to/turned away from Him, it will not increase/decrease His rank even by a bit. If the first and the last among us, all the Jinn gathered in one place, and every one of us asked from him, and He granted every single thing that we'd asked, His treasuries will not decrease even by a drop of water. If all the trees were made pens and the oceans were made ink, added another seven oceans on top of that, we will never be able to write down all the bounties of Allah. The angels can count the drops of rain that have befallen the earth, but they cannot count the bounties of Allah. If the entire world gathered in one place to benefit/harm a person, without the Will of Allah it will not happen. It is not "Allah CAN do everything," but it is "Allah who IS doing everything."

“The seven heavens and the earth and all that is therein, glorify Him and there is not a thing but glorifies His Praise” (Al-Isra’ 17:44) Image courtesy of lettertomyoldself.tumblr.com
This is what is contained in Lailahaillallah. It's not merely a sentence, it's a conviction of the heart. It is not just to be said on the tongue, it is to be inculcated in the heart. This kalimah is so precious that, if it was put in one pan of a scale, and the seven heavens and the seven earths were put in the other, Lailahaillallah will outweigh everything on the other side. If a person recites this kalimah with sincerity, a pillar holding up the 'Arasy (Throne) will start shaking, and it will not stop until the sin of the reciter is forgiven. If a person dies believing sincerely in this kalimah, he is entitled to Jannah.
p/s: May Allah give me and you the taufiq to bring the reality of this kalimah in our hearts. Please pray for me, I'm weak.

Wednesday, February 1, 2012
Asbab kemenangan para sahabat r.hum

Saidina Umar r.hu telah melantik Atbah bin Ghazwan r.hu sebagai panglima perang pasukan Muslimin di dalam peperangan melawan Parsi. Pada ketika itu beliau telah memberikan perintah.
"Senantiasalah menjaga ketaqwaan sedapat-dapatnya. Berhati-hatilah menjalankan keadilan apabila memberi keputusan. Kerjakan sholat pada waktu yang ditentukan dan berzikirlah memuji Allah sebanyak-banyaknya dan selalu".
Satu ketika terdapat seorang tawanan Romawi di dalam penjagaan orang-orang Islam.Terjadi satu keadaan dimana dia telah dapat meloloskan diri dan lari.Raja Heraklius bertanya kepadanya mengenai keadaan orang-orang Islam dengan mendalamnya supaya seluruh kehidupan mereka nampak jelas dihadapannya.Maka tawanan itu memberitahu perkara yang sama dan menerangkan bahwa mereka-mereka itu adalah ahli ibadat diwaktu malam dan kesatria (da'ei) disiang harinya.Orang-orang Islam itu juga tidak mengambil sesuatu walaupun daripada Zhimmi (orang-orang kafir yang dibawah lindungan mereka) tanpa membayar harganya dan apabila mereka berjumpa,mereka memberi dan menjawab salam.Raja Heraklius menjawab dengan cepat dan tajam bahwasanya jikalau laporan itu benar dan tepat,maka mereka akan menjadi raja-raja bagi kerajaan Heraklius.
Heraklius mempunyai jumlah tentera yang sangat banyak sedangkan jumlah orang-orang Islam sangat terbatas. Amr bin al-'As r.hu memberitahu Abu Bakar Siddiq ra. mengenai keadaan tersebut.Sebagai jawapan kepada persoalan itu,maka Abu Bakar r.hu menulis:
"Kamu orang-orang Islam tidak akan dapat dikalahkan karena jumlah yang kecil. Kamu pasti dapat dikalahkan walaupun mempunyai jumlah yang banyak melebihi jumlah musuh jikalau kamu terlibat didalam dosa-dosa".
Al-Imam Al-Baihaqy mentakhrijkan dari jalan Al-Waqidy, dari Abu-Hurairah ra., dia berkata, "Aku ikut dalam perang Mu'tah.Ketika jarak antara kami dan orang-orang musyrik semakin dekat,kami boleh melihat jumlah pasukan mereka yang banyak,membawa kelengkapan persenjataan lengkap,mengenakan pakaian sutra dan perhiasan emas.
Tsabit bin Arqam r.hu berkata saat ketikakunya dan berkata, "Wahai Abu Hurairah, sepertinya engkau sedang melihat pasukan yang besar."
"Benar", jawabku.Dia berkata, "Engkau tidak bergabung bersama kami di Badar.Kami menang ketika disaat itu bukan kerana jumlah kami yang banyak".(Al-Bidayah 4:244, Al-Ishabah 1:190)
Ahmad bin Marwan bin Maliky di dalam Al-Mujalasah, dari Abu Ishaq, dia berkata, "Tidak ada musuh yang bertahan lama jika berperang melawan para sahabat r.hum.
Ketika Heraklius tiba di Antholia setelah pasukan Romawi dikalahkan pasukan para Sahabat r.hum,dia bertanya,"Beritahukan kepadaku tentang orang-orang yang menjadi lawan kalian dalam peperangan,bukankah mereka manusia seperti kalian?"
Mereka menjawab, "Ya".
"Apakah kalian yang lebih banyak jumlahnya ataupun mereka?"
"Kamilah yang lebih banyak jumlahnya dimanapun kami saling berhadapan".
"Lalu mengapa kalian boleh dikalahkan?"
Seseorang yang dianggap paling tua menjawab, "Kerana mereka biasa shalat di malam hari, berpuasa di siang hari,menepati janji,menyuruh kepada kebajikan,mencegah dari kemungkaran dan saling berbuat adil di antara satu yang lain.Sementara itu,kita pula suka minum arak,berzina, melakukan hal-hal yang haram, melanggar janji,suka marah,berbuat sesuka hati dengan bebasnya,menyuruh kepada kebencian,melarang hal-hal yang diredhakan Allah dan berbuat kerosakan di bumi".
Heraklius berkata, "Engkau telah berkata benar dan membuatku mempercayainya".(Al-Bidayah 7:15, Ibnu Asakir 1:143)
Tuesday, January 31, 2012
Ubah pemimpin zalim dengan amalan
Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir r.hu dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran Suad r.hu dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul Saw dan banyak lagi.Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq r.hu dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur.
Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”.(Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11)
Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi Saw : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim”( Minhaj as-Solihin, hlm 444)
Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman.
Prof. Dr. Muhd Salam Madkur menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan amalan agama dan syaratnya kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah rah,Imam al-Qurtubi rah, Imam Abu Hamid al-Ghazali rah (505 H) , Imam as-Syawkani rah (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi.
Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali rah menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal rah yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi rah ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq(Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 27)
Imam an-Nawawi rah pula dalam mensyarahkan hadith muslim, “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan senjata) adalah haram dengan Ijma’ al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya."?
Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)
Ad-Dawudi rah pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
Ibn ‘Atiyyah rah pula menyatakan : “As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber’syura’ bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB”(Tafsir Al-Qurtubi, 4/249)
Rasulullah Saw bersabda :"Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela." (Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836)
Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya.
Janji Allah Swt dengan amalan agama
Bukankah Allah Swt telah menyatakan, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang melaksanakan amal-amal soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan adalah benar bahawa Dia akan memperkukuhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, selepas mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap mentauhidkan-Ku dengan tidak mensyirikkan Aku. Dan sesiapa yang ingkar setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nuur, 24: 55)
Oleh sebab itulah al-Hasan al-Bashri rah pernah berkata, “Sesungguhnya kemunculan al-Hajjaj (salah seorang pemimpin zalim di zaman beliau - pen.) adalah disebabkan azab dari Allah, maka janganlah kamu melawan azab Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri kerana sesungguhnya Allah telah berfirman, “Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan azab kepada mereka, maka mereka tidak tunduk kepada Rabb mereka, dan (juga) tidak memohon (kepada-Nya) dengan merendahkan diri.” (Surah al-Mukminun, 23: 76)
Begitu juga dengan kata Thalq bin Habib rah, “Lindungilah diri kamu dari fitnah dengan ketaqwaan.” Beliau ditanya, “Simpulkanlah untuk kami apa itu ketaqwaan?” Beliau pun menjawab, “Iaitu engkau beramal dengan ketaatan kepada Allah dengan petunjuk daripada Allah dengan mengharap rahmat Allah. Dan engkau meninggalkan kemaksiatan kepada Allah dengan petunjuk daripada Allah kerana takut akan azab Allah.” (Minhajus, 4/527-531)
Syaikh as-Sa’di rah berkata dalam Tafsirnya, “... Sebagaimana para hamba (masyarakat) itu jika baik dan istiqamah berada di atas jalan yang benar, maka Allah memperbaiki pemimpin mereka, iaitu menjadikan untuk mereka pemimpin-pemimpin yang bersikap adil dan insaf. Bukan yang zalim lagi jahat. (‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di, Taisir Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, 1/273)
Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata, “Aku telah menyebutkan dalam bab yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada para pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan rakyat sekaligus, kerana bagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman, “Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129).” (Majmu’ al-Fatawa, 35/20)
Islam adalah sebuah agama yang telah lengkap lagi menyeluruh meliputi setiap persoalan kehidupan alam manusia. Ini termasuklah dalam urusan bermu’amalah terhadap para pemimpin.Dalam perkara ini, Islam amat memandang tinggi kedudukan seorang pemimpin bersesuaian dengan tugas dan beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin itu sendiri. Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373.)
Sabar antara sifat sahabat
Telah tercatat dalam sejarah di era para sahabat berkenaan kekejaman seorang gabernor di bawah pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan yang bernama al-Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi. Di mana dia (al-Hajjaj) telah membunuh sehingga ribuan jiwa. Sahabat yang mulia seperti Abdullah B. Mas’ud, Abdullah bin Zubair, dan tabi’in Sa’id B. Jubair juga turut terbunuh. Tetapi, bagaimanakah Sikap para sahabat yang lain pada ketika itu, adakah mereka bertindak mengumpulkan kekuatan untuk memberontak? Demi Allah, tidak sama sekali, bahkan mereka tetap menganjurkan untuk mendengar dan taat dalam hal-hal yang makruf. Zubair bin Adi berkata, “Kami mendatangi Anas bin Malik mengeluhkan perihal al-Hajjaj. Anas pun menjawab, “Bersabarlah, kerana tidaklah datang sebuah zaman kecuali yang setelahnya akan lebih buruk sehingga kamu berjumpa dengan Tuhan kamu, aku mendengar ini dari Nabi kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Walaupun kedua-dua pemimpin ini begitu zalim dan fasiq, membunuh ribuan nyawa para ulama dari generasi terbaik umat manusia, minum arak terang-terangan, solat dalam keadaan mabuk, dan merosakkan ka’abah dengan manjaniq, tetapi para sahabat dan tabi’in yang hidup pada ketika itu tetap tidak melepaskan tangan ketaatan kepadanya. Bahkan para sahabat bersama-sama para ulama lainnya yang merupakan salafus soleh bagi kita, tetap bersolat bersama-sama imam mereka, al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi tersebut.

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Nota penting,(nanti saya akan cerita kisah jimak penghuni syurga dengan wanita-wanita syurga)
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Subscribe to:
Posts (Atom)