Wednesday, January 27, 2010

Saat Indah Awal Perkahwinan

Cuma untuk bacaan ringan.....

Saat indah awal perkahwinan. ....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.... .!

Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....

Tanda Tanda Sakit

Subject: Tanda tanda sakit

Risalah ini bagus untuk anda semua....... ......Tanda tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsibadan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda:

1) MATA.Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah

: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2) HIDUNG.

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersina. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3) Batuk

i) Batuk keluar kahak:

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Batuk tanpa kahak:

Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..

iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong:

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4) KERONGKONG

i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5) BIBIR

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6) MULUT DAN LIDAH

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit:

Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) Menandakan darah mengandungi asid berlebihan

.iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7) TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8) KULIT

i) Berpeluh
a) Peluh masin :

Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau:

Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

ii) Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

iii) Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

iv) Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9) RAMBUT

Rambut Gugur:

menandakan fungsi buah pinggang yang lemah.Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

i). Sakit Sendia. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit (gout)..

b. Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

c. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

ii) KEBAS TANGANPengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

iii) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

iv) KEBAS KAKI.Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar

.v) SAKIT TAPAK KAKI.Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

vi) SAKIT TUMIT KAKI.Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

vii) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

viii) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11) TANDA-TANDA DALAMAN

i) KEPALA.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
ii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALAMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

iii) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAa. Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.b. Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

iv) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA Menandakan penyakit migrain.

v) BISUL TERJADI DI KEPALATanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

vi) RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12) MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

i) LOYA/MUNTAH .

Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

ii) MUNTAH DARAH

a. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagiankerongkong dan

b. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

iii) LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :

Tanda sakit jantung.

iv) KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13) KENCING

i) KERAP KENCING

Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

ii) AIR KENCING BERKAPUR

Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

iii) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

iv) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :

Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku..

v) AIR KENCING BERDARAH :

Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14) BUANG AIR BESAR

i) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR :

Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.ii) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.iii) NAJIS BERDARAH a. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.b. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.iv) NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN

i) RASA SAKIT:

Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.a. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.b. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.c. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. d. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

ii) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan iii) BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.iv) BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16) RASA TAKUT MENGEJUT:

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17) CEPAT NAIK DARAH/MARAH:

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18) RASA BIMBANG DAN TAKUT:

Sistem paru-paru yang lemah.

19) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.

20) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL:

Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, January 26, 2010

Bahaya selipar getah

Lupekan croc….!!!!!















Wajah-wajah anda ketika datang kerja setiap hari

Isnin


Selasa


Rabu


Khamis

Jumaat



Last one paling best....

....................
''''''''''''''''''''''''''''''''
........................................
Sabtu & Ahad






Kalo tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti *Dia* akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi
*perintahNya*,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." * Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat** neraka** ? Kenapa** tak** boleh** sediakan** syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang? " Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar* *nasihat ustaz** tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai* *tudung..* Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: *"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi** ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,** atau bapa ayam.. hidup senang, lepas** mati pun tak risau sebab gerenti* *masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi** pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"* Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, *ustaz tu pun jelaskan:"perkara** macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi** orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh** dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..* * takde siapa yang** terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita** nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.* * "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.* Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Pictures that make you go hhhhhhhhmmmmmmmmmmmm






























































































































































































































































Pics that'll Make you Laugh

























































































































Friday, January 22, 2010

Kencing Berdiri


Kencing berdiri hukumnya makruh, kerana diragui terdapat percikan najis air kencing tadi terkena kepada seluar kita. Kata pepatah kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari. Maksudnya kalau guru berperangai tak berapa senonoh apalagi murid-muridnya. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang yang kencing berlarikan. Anjing pun tak pandai nak kencing berlari.
Perkataan kencing di zaman kini pula dalam bahasa slanga anak muda ialah menipu. “Kau ni kuat kencinglah!” Kalau Hang Tuah dengar mesti terpinga-pinga. Kalau memakai seluar jeans memang susah nak kencing mencangkung. Lepas tu orang ajak pergi solat berjemaah alasan yang biasa “seluar aku kotorlah..” dan tau seluar tu kotor dan bernajis siapa suruh pakai?
Di barat yang memang kreatif tak bertempat dan tak ambil kisah hukum agama ni siap buat alat untuk kencing berdiri di tepi dinding lagi. Janganlah barang ni masuk ke Malaysia, buruk benar rupanya.

Tuesday, January 19, 2010

Salam semua...

Lama tak update blog, minggu ni sebok sket...mak mertua datang...baru balik dari singapore,dapat gift black t-shirt Merlion....cantik S$17 ..lama tak merayau kat sana..dulu masa bujang bolelah, sekarang ni...dah berkeluarga...susah sket...masa dan kos...masalahnya...tunggu anak2 besar sket...ekonomi stabil..