Tuesday, April 20, 2010

Hadith Untuk Hari Ini - Berkata Baik atau Diam


Apabila kita berkumpul dengan kawan-kawan, kadang-kala kita tidak terlepas daripada berkata-kata mengenai dengan keburukan orang lain. Maka hendaklah kita hindari daripada berbuat demikian. Katalah mengenai denga perkara-perkara yang baik, seperti memuji keatas kebaikan yang telah mereka lakukan. Biasanya syaitan sentiasa akan membisikkan kepada hati kita supaya berkata perkara-perkara yang tidak baik sahaja.

Kita cuma dibenarkan berkata perkara-perkara yang tidak baik mengenai dengan seseorang sekiranya kita telah dianiayai atau dizaliminya. Tetapi sekiranya kita dapat memaafkannya, itu adalah lebih baik dan amat digalakkan oleh Islam.

No comments: