Wednesday, November 10, 2010

Aku, Lim dan Islam

> by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
> Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei
> Choon. Sana-sama
> bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
> Aku masuk ke
> Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
> pelajaran ke Amerika
> Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja
> terlalu banyak
> yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti
> berkunjung ke
> rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
> kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan
> turut serta. Aku
> jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti
> harijadi dan juga
> Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga
> Lim. Dengan Lim
> juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
> sering menjadi
> rujukannya padaku.
> Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng
> sekolah untuk melihat
> pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.
> Apa yang ingin
> kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah
> menjadi
> penghalang persahabatan kami.
> 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah
> berjaya mendapat
> Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
> kakaknya. Hubungan ku
> dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
> maklumlah, dizaman kami
> dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma
> sesekali
> menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada
> lelaki amat malas
> kami rasakan.
> Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
> memberitahu Lim
> akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita
> yang kudengar dari
> kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad
> Zulfakar Lim
> since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan
> baikku telah
> menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk
> berjumpa dengannya
> lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
> Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku
> berkesempatan bertemu
> dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
> menyambut
> kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
> ....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh
> berubah, air
> mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan
> dengannya dan
> kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
> 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini
> dua olang" Ibu Lim
> menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa
> kami berpelukan
> dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
> kerana amat sebak
> dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
> Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-
> bual. beliau
> masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
> Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
> Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
> kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
> Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
> Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah
> kau tu, is my
> second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku
> tentang Islam?
> Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang
> Islam? Mengapa bukan
> di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh
> seorang bekas
> paderi kristian?
> Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
> Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik
> dengan aku di dunia
> saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
> Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku
> mati. Aku akan dakwa
> semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
> sampaikan dakwah dan
> risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
> Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn
> melahirkan kau
> didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
> seorang diri,
> atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
> adalah kerana
> ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
> dilahirkan dalam keluarga
> bukan Islam macam aku.
> Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
> Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris
> Nabi,
> penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni
> tiadak ada roh
> jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak
> tolong bangsa
> melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
> Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya
> nikmat ini kau kena
> gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
> berdakwah, jangan
> kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan
> dengan mudah kau
> cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu
> bererti ingkar.
> Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka
> ingkar dan
> berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
> Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
> adalah benar!
> dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
> untuk memperbaiki
> amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
> faham, andainya
> tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan
> lagi pertolongan,
> bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia
> dan akhirat
> sesorang itu.
> Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin
> berdakwah! Lim yang
> baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
> lebih 20 orang
> termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
> (benarkah aku islam
> tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam
> yang pernah
> kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
> Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti
> nikmat dilahirkan
> sebagai Islam.
> P/s : sebagai Tauladan..

No comments: