Thursday, March 29, 2012

usaha dakwah & tabligh

Ustaz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah 2003.

Asas-asas Usaha Dakwah dan Tabligh

1. Usaha melalui individu atau usaha berjemaah dan bukan usaha ijtima' besar-besaran (organisasi, persatuan etc.)
Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah. Kebiasaannya dalam sebuah persatuan, hanya yang mempunyai jawatan biasanya melakukan kerja manakala ahli-ahli lain hanya mengikut tanpa memainkan peranan tertentu.

2. Usaha melalui hati dan bukan pemikiran. Sejauh mana hati kita menangis, sejauh mana hati kita risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati, bukan bagaimana pemikiran kita bekerja, atau bagaimana pemikiran kita membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiran falsafah yang tinggi untuk mendapatkan idea.

3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kaki kita bergerak, sejauh mana kita bergerak melalui kaki-kaki kita. Sebab kita mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke masjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke masjid belum mencintai agama. Oleh kerana itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jemaah yang sudah datang ke masjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita pergi dari manusia ke manusia, dari rumah ke rumah, maksudnya sejauh mana kita bergerak dengan kaki-kaki kita, kerana kerja ini bukanlah kerja 'sasterawan'. Kita harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.

4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika kita hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah kita mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Kerana itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan wangnya atau hartanya. Apabila kita hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami perlukan diri tuan dan bukan wang tuan".

5. Dengan tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apa. Saya ini kecil. Kita mesti merendah diri. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia menunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus direndahkan. Demikian pula apabila kamu mahu menundukkan hati maka kamu akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak kamu akan mengalami berbagai kesulitan.

6. Dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Kita mesti berdamai dengan semua orang baru kita akan dapat buat usaha.

7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf.
Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbezaan. Kita berusaha menjauhi sebarang perbezaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa kepada persatuan. Jika kita hendak menyatukan umat, maka seboleh mungkin jauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.

8. Usaha melalui mesyuarah dan bukan melalui dictatorship
. Mesyuarah adalah mengambil syor (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waato'na. Keputusan dibuat oleh amir, bukan berdasarkan undian majoriti. Seorang diktator tidak memerlukan mesyuarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang berkaitan ummat, maka mesyuarah adalah sangat penting. Mesyuarah itu perintah Allah dan sunnah Rasulullah.

9. Amru bil ma'ruf dan bukan nahi 'anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhair, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita ialah mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke masjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.

10. Usul dan bukan Furu
. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.

11. Qulyah dan bukan Juz'iyah
. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi berhati-hati kerana diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada solat dapat diterima oleh semua orang, tetapi perbahasan solat secara detail terdapat masalah masail.

12. Ijmal dan bukan Tafshil.
Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir ertinya huraian-huraian secara panjang lebar, penjelasan, perbahasan secara mendalam. Usaha dakwah adalah declaration (keterangan atau maklumat), kerana itu mesti pendek, tepat dan ringkas.

13. Tamsir bukan Tanfir
. Tamsir ertinya khabar gembira dan bukan tanfir ertinya khabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan khabar gembira. Memberitahu keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilat-fadhilat, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.

14. Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar ertinya propaganda dengan publisiti untuk mempamerkan kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km pun tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemahsyhuran.

15. Akhirat dan bukan Dunia
. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, sebaliknya, semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, sebaliknya, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.

Wallahu a'lam.

Sumber: karkuzaridakwahiman.blogspot.com

No comments: